26 December 2011

Sistem Melabur Dosa di Facebook, Blog, Youtube, Twitter dll


Sistem Melabur Dosa di Facebook,Blog,Youtube,Twitter.. dll

JUSTIN BIEBER jd mangsa keadaan aq kali ni..hahah (-_-') Sistem Alam Maya 24 jam! Remaja sekarang semakin menjadi-jadi,apa nak jadi?apa kejadah semua ni?sejadah sekarang pun mahal..tetapi bukanlah pasal sejadah.Pasal dosa yang seseorang itu buat tapi tak sedar secara langsung.Tak kira tua atau muda,cun atau hensem,cute ke tak...Tak kiralah kaum Adam atau Hawa.,Mejoritinya  kaum Hawa.kadang-kadang nak Log In Facebook pun rasa sedih,sebab ada segelintir kaum Hawa yang buat dosa yang nyata lagi jelas di fb.Bila ditegur cara elok,dikatakan buzybody plak dah?Yang dasyatnya ada yang remove dan block terus -_-  ..hello girl??come on?y u all think negative?kita orang tegur sebab benda tu perkara mungkar kesalahan terhadap Allah.adakah kami marah?kami tegur sebab sayang la,kalau tak tegur.Dosa kamu semakin bertambah la,Sekurangya bila dh "delete" kesalahan tu di dalam maya,kuranglah dosanya.
antara sistem melabur dosa di Alam Maya:

Facebook:  -mendedahkan aurat
                     - menipu
                      - fitnah orang lain
                       - share berita palsu
                        - menggunakan ayat penipu contoh:click link di www.@#$%^&*.com utk lihat Justin                              Bieber Dibunuh oleh Peminat Fanatik,Gila,Tak betul dan pelbagai lg ayat lain.

Blog:sama mcm facebook jg..kalau nak menegak kebenaran pastikan ada bukti yang kukuh. gosip artis paling murahan,low class.jangan nak bg stats naik tinggi sanggup letak gambar seksi utk menarik perhatian pengunjung.contoh: "download wallpaper Maria Ozawa Terbogel". janganlah letak perkara yang menaikkan nafsu orang..k

Youtube:jangan la upload video yang menaikkan nafsu!,ingatlah mencegah lebih baik!jangan buat video penipu juga. contoh :Justin Bieber Dirogol oleh Peminat Perempuan Fanatik bila click,cuma gambar saja?

ATAUPUN LEBIH MUDAH UNTUK FAHAM: KALAU ISLAM BUAT CARA ISLAM,apa yang dilarang dalam Islam Jangan Buat!kalau mau buat juga,tanggung la dosa 24 jam!sambil tidur dosa berjalan ibarat menyelam sambil minum racun. membinasakan diri kamu sahaja!Bertaubatlah sebaiknya!


dunia akhir zaman



Dalam masa 60 saat / 1 minit, inilah perkara-perkara yang berlaku di internet;

- Search engine Google menyajikan lebih bahawa 694,445 pertanyaan

- 6,600 + gambar dimuat-naik ke Flickr

- 600 video telah dimuat naik ke video YouTube, berjumlah 25 jam + kandungan

- 695,000 update status, 79,364 posts dinding dan 510,040 komen diterbitkan pada laman Social Networking, Facebook

- 70 domain baru berdaftar

- 168,000,000 + emel dihantar

- 320 akaun baru dan 98,000 tweets dijana pada laman Social Networking, Twitter

- Aplikasi iPhone dimuat turun lebih dari 13, 000 kali

- 20,000 post baru diterbitkan pada  platform Micro-blogging, Tumbler

- FireFox pelayar web popular dimuat turun lebih daripada 1,700 kali

- Platform blog popular iaitu Wordpress dimuat turun lebih daripada 50 kali

- Plugins WordPress dimuat turun lebih daripada 125 kali

- 100 akaun dicipta pada laman rangkaian profesional LinkedIn

- 40 soalan baru ditanya di YahooAnswers.com

- 100 + soalan ditanya di Answers.com

- 1 artikel baru diterbitkan di Associated Content, sumber terbesar di dunia bagi kandungan yang dihasilkan oleh komuniti

- 1 takrif baru ditambah di UrbanDictionary.com

- 1,200 + iklan baru dicipta di Craigslist

- 370,000 + minit panggilan suara yang dilakukan oleh pengguna Skype

- 13,000 + jam aliran muzik dilakukan oleh penyedia radio internet peribadi, Pandora

- 1600 + bacaan di Scribd, syarikat penerbitan bacaan sosial terbesar

[go-gulf.com]







sorry post serabut -_-''


tulun la jgn share perkara yang tak pasti,pernah terjadi di fb byk kali...kadang-kadang berbentuk fitnah atau perkara tu tak betul,apatah lg kalau fan page pengaruh kuat,bila update,ramai akan share..kalau ter-SHARE perkara palsu di fb..ibarat ...mcm mn mau kata??mcm 1 organisasi la,...contoh ketuanya A ,   ..BCD share...dalam BCD ada lg anak-anak dia..(friend dia dlm fb) kemudian kpd anak-anak tu,depa pulak share..lama-kelamaan akan bercanggah..IBARAT tanam sebiji anggur,dlm anggur tu kan ada biji nya?dlm biji tu boleh buat tanam lg dan berbuah byk ada ranting,..bla..bla...sekian-sekian....

dah jadi seperti 1 konspirasi??...pengaruh kuat di fan page mmg bahaya.sapa-sapa kena berhati-hati sekiranya nk update sesuatu perkara tersebut...kadang-kadang benda yang tak pasti tu sebenarnya betul atau tidak betul,,.kalau tak betul ,mcm mana?sama la macam sebarkan berita palsu.


         fb pun boleh terjadinya,pergaduhan,dari kawan jadi lawan.kadang jadi tempat perdebatan,


Sabda Rasulullah saw.

"Aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tepi syurga bagi orang yang meninggalkan perdebatan walaupun dia benar, aku menjamin dengan sebuah istana yang terdapat di tengah syurga bagi orang yang meninggalkan dusta walaupun dia bergurau dan aku menjamin dengan sebuah istana yang tertinggi bagi orang yang membaguskan akhlaknya"

[HR Abu Dawud]


  harap2 justin bieber baca artikel aku ni ^^,kalau baca pun dia x fhm

Wassalam..sama-sama kita renung2 kan.. dan selamat beramal..
e-class (^_^')

18 December 2011

Warkah ucapan HariJadi buat adik Amalin

Dari Abe Chik yang senantiasa merinduimu...


Adik Alin, di hari yang bermakna ni abe chik ingin mengucapkan selamat hari jadi buat adik lin...
Biarlah mungkin adik lin belum boleh membaca di laman blog abe chik ini, namun apa yang pasti, luahan rasa & rasa hati abe chik terluah disini..Abe chik sungguh terharu tika saat petang tadi menerima MMS dari kak cik, gambar adik lin berdoa dihadapan Kek harijadi khas yang baru dibeli petang tadi...emm teringat lagi di keheningan petang tadi, ketika abe chik menelefon, terdengar riuh gembira suara adik lin bersama adik aziman ketika dalam perjalanan ke Econjaya untuk membeli kek bersama abah.. ya, abe chik sungguh terharu & merasa ralat tidak dapat bersama meraikan hari jadi adik alin tahun ini...
Adik Lin, nanti abe chik akan minta kak cik buka kan blog ni & tunjuk pada adik lin ye..dari abe chik di kejauhan yang sentiasa merindu...


Salam sayang, salam syahdu, salam rindu...
Semoga Allah melindungi & memberkati hidupmu sayang..


Abe Chik~
Batu Pahat

Perkara menakjubkan mengenai air wudhu~




Perkara menakjubkan mengenai air wudhu
Prof Leopold Werner von Ehrenfels, seorang psikiater dan sekaligus neurology dari Austria, menemui sesuatu yang menakjubkan terhadap wudhu. Ia mengemukakan satu fakta yang sangat mengejutkan.

Bahawa pusat-pusat saraf yang paling peka dari tubuh manusia ternyata berada di sebelah dahi, tangan, dan kaki.

Pusat-pusat saraf tersebut sangat sensitif terhadap air segar. Dari sini ia menemui hikmah di sebalik wudhu yang membasuh pusat-pusat saraf tersebut. Malah ia mencadangkan agar wudhuk bukan hanya milik dan kebiasaan umat Islam, tetapi untuk umat manusia secara keseluruhan.

Dengan sentiasa membasuh air segar pada pusat-pusat saraf tersebut, maka bererti orang akan memelihara kesihatan dan keselarasan pusat sarafnya.

Pada akhirnya Leopold memeluk agama Islam dan mengganti nama menjadi Baron Omar Rolf Ehrenfels.

Ulama Fekah juga menjelaskan hikmah wudhu sebagai bahagian dari usaha untuk memelihara kebersihan fizikal dan rohani. Anggota badan yang dibasuh dalam air wudhu, seperti tangan, kawasan muka termasuk mulut, dan kaki memang paling banyak bersentuhan dengan benda-benda asing termasuk kotoran. Kerana itu, wajar kalau anggota badan itu yang harus dibasuh.

Ulama tasawuf menjelaskan hikmah wudhu dengan menjelaskan bahawa anggota badan yang dibasuh air wudhu memang daerah yang paling sering berdosa. Kita tidak tahu apa yang pernah diraba, dipegang, dan dilakukan tangan kita. 

Banyak pancaindera tersimpul di bahagian muka.

Berapa orang yang jadi korban setiap hari dari mulut kita, berapa kali berbohong, memaki, dan membicarakan aib orang lain. Apa saja yang dimakan dan diminum. Apa saja yang baru diintip mata ini, apa yang didengar oleh telinga ini, dan apa saja yang baru dicium hidung ini? Ke mana sahaja kaki ini berjalan setiap hari?

Tegasnya, anggota badan yang dibasuh dalam wudhu ialah anggota yang paling berisiko untuk melakukan dosa.

Organ tubuh yang menjadi anggota wudhu disebutkan dalam ayat Al-Maidah :Ayat 6, adalah wajah, tangan sehingga siku, dan kaki sehingga hujung kaki.

Dalam hadis riwayat Muslim juga dijelaskan bahawa, air wudhu mampu mengalirkan dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh mata, hidung, telinga, tangan, dan kakinya, sehingga yang berkaitan bersih dari dosa.

Kalangan ulama melarang mengeringkan air wudhuk dengan kain kerana dalam redaksi hadis itu dikatakan bahawa proses pembersihan itu sampai titisan terakhir dari air wudhu itu (ma'a akhir qathr al-ma').

Wudhu dalam Islam masuk di dalam Bab al-Thaharah (penyucian rohani), seperti halnya tayammum, syarth, dan mandi junub. Tidak disebutkan Bab al-Nadhafah (pembersihan secara fisik). Rasulullah SAW selalu berusaha mempertahankan keabsahan wudhunya.

Yang paling penting dari wudhu ialah kekuatan simboliknya, yakni memberikan rasa percaya diri sebagai orang yang ‘bersih' dan setiap waktu dapat menjalankan ketaatannya kepada Tuhan, seperti mendirikan solat, menyentuh atau membaca mushaf Al-Quran.

Wudhu sendiri akan menghalang diri untuk menghindari apa yang secara spiritual merosak citra wudhu. Dosa dan kemaksiatan berkontradiksi dengan wudhu. 

Sesungguhnya semua yang baik adalah daripada-NYA~~~

Malam Jasamu Dikenang 16 Dec 2011

Bak Air Yang Mengalir

Bak air yang mengalir..
Tiba jua kiranya di muara waktu,
Perpisahan mengimbau makna sebuah rindu,
Pada jejak-jejak yang lalu, seribu liku!

Berdiri melihat denai-denai kenangan,
Berbunga mesra dalam jambangan ingatan.
Barangkali terdengar nanti,
Suara bisikan melankolia,
Ucap salam tegur sapa,
Senyum tawa rakan sekerja.

Tiba waktunya untuk menyusun jari jemari,
Membuang segala kerikil bersalut dihati,
Yang terkhilaf dimaafi,
yang sesal diinsafi,
Yang lebih dibahagi,
Yang kurang dilengkapi,
agar saat perpisahan ini indah,
Terlerai segala durja gundah,
Tersirna cebisan amarah,
Terurai segala yang bercanggah,
pabila dipanggil Pengarah.

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu.
Pasti tersisa kenangan yang terindah,
Berhias luka tidak berdarah,
Kesementaraan waktu mengutus seribu bumbu.

Selamat tinggal suara-suara ceria,
Pakar-pakar, Ketua Unit, Ketua Jabatan,
Bilik Gerakan menanti setia,
Timbunan ISO, akreditasi,
Ruang kantin tempat mesra terjalin.

Selamat tinggal seribu karenah,
Datang dan pergi pelbagai wajah,
Bercampur gembira bersisip gundah,
Bergemasiren, beralas madah,
Selamat tinggal sebuah tempat bernama HOSPITAL!

Selamat datang persaraan,
Kerana segalanya hanya kesementaraan,
Melengkapi perjalanan,
Sebuah kehidupan..

Bak air yang mengalir,
Tiba juga kiranya di muara waktu,
Disini kami pasti merindu,
Hakikatnya seorang individu,
Tuan Haji Mazan yang satu.
Jelinglah kami jika rindu masih bertamu,
Sapalah kami andai mesra akrab berpadu!

Selamat berangkat dalam doa berkat,
Selamat beristirehat dari segala muslihat,
Selamat bersara dalam senyuman mesra.
Senyumlah seindah suria,
Setelah mencurahkan segala-galanya,
Pasti beroleh keredhaan-NYA

Bak air yang mengalir,
Sampai disini kenangan indah pasti terukir!~


Dideklamasikan oleh Sdr. Mohamad Azrin Abdullah di majlis Malam Jasamu Dikenang
Bertempat di Hotel Landmark, Batu Pahat pada 16/12/2011.
Sempena persaraan Penyelia Hospital Batu Pahat, Tuan Haji Mazan b. Nor.

17 December 2011

PiLiHaN SaNg KeKaSiH


Jika kamu telah bertemu dengan seorang INSAN
Yang bagimu telah pasti
boleh membawa KEBAIKAN kepada dirimu
MENYAYANGIMU…
MENGASIHIMU…
dan MENCINTAIMU…
Mengapa kamu berlengah lagi?
Coba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain?

Terlalu mengejar KESEMPURNAAN
Kelak dia akan BERJAUH HATI dan kamu akan KEHILANGANNYA
apabila dia menjadi milik orang lain
Kamu juga yang akan MENYESAL…
dan tidak ada gunanya lagi…
karena dia telah menemui cinta sejatinya yang jauh lebih baik dari kamu…
dan ketika itu tiba
TIADA LAGI ruang dalam hatinya buat kamu…

Oleh itu janganlah kita terlalu mengejar KESEMPURNAAN karena ia bukanlah faktor utama KEBAHAGIAAN yang sempurna
sedangkan jika kita boleh memaafkan KHILAFAN orang yang kita sayangi dan akur dengan KELEMAHANNYA sebagai manusia biasa
serta BERSYUKUR dengan apa yang kita sudah MILIKI…
kita akan BAHAGIA, BAHAGIA dan terus BAHAGIA…
itu lebih BERMAKNA!!
kita juga tidak sempurna
jadi mengapa harapkan insan yang sempurna
sedang hakikatnya tiada insan yang sempurna dalam dunia ini…
setiap yang bernama manusia itu
mempunyai kelemahan…
mengapa tidak kita bersama atasi kelemahan itu
dan memberi peluang kepadanya berubah…
dan kita juga harus bersama berubah ke arah KEBAIKAN…
itulah PASANGAN…
saling lengkap-melengkapi…

Apa yang utama ialah mencintai ILAHI…
dengan mencintai Ilahi…
pasti ALLAH akan temui kamu dengan seseorang yang mencintai-NYA…

Mencari yang sempurna…
SEMPURNAKAH DIRI KAMU??
tepuk dada tanyalah IMAN…

Bersyukurlah bila telah menemui insan yang ikhlas menyayangi dan menyintai diri ini dengan ikhlas setulus hati…
apa yang pasti
kita mengharapkan sebuah cinta yang berlandaskan keimanan…
cinta yang membuat merasa semakin dekat pada-NYA…
syukur di atas segalanya…

Hargailah KEKURANGANnya
untuk MENGGAPAI bahagia dan CINTAIlah dia
dengan segala kekurangannya untuk menggapai Redha-NYA…

Bersemangat nya bangun pagi ni...

Bersemangat nya bangun pagi ni...
Sebelum tepat jam 7 aku dah kat tasik Y..walaupun xsempat ku menunggu myDear pulang kerja pagi ni..aku keluar terlebih dahulu.... sejukk..titisan hujan renyai menyentuh romaku..
namun kugagahi berjalan....semakin lama semakin syok n konfiden pula, ditambah pakaian yg selesa bersama kasut Running yang baru kumiliki 2minggu yang lalu..membuatku terus bersemangat menghitung 10,000 langkah..hehehe... sempat la 3pusingan jalan, lagi 2 roung aku jogging...fuhh fresh nye.. itulah manfaat bangun awal, sesudah takbir & sujud pada-NYA, kemudian..kita beri pula makanan jasmani..
Sesungguhnya setiap apa pun seharian hidup kita hanyalah untuk mendapatkan keredhaan-NYA..

Wassalam..
Insan yang cemerlang~ Y

16 December 2011

Mood 2,3 hari ni lagu UNIC lah...

BiCaRa TeNtAnG cinta...

Salahkah ku mendambakan seorang putri,
Dan pasti ku mengharap yg setia disisi,
Teman kala ku kedukaan,
Memberikan daku cahaya sinari kehidupan...

Walau ku tahu segala suratan Esa,
Ku pohon kesetian pemberi inspirasi,
Pengubat jiwa yang sepi,
Agar dapat ku kecapi,
Indahnya hidup ini...

Usah ada rasa sangsi,
Saling faham dan mengerti,
Sinar bahgia menanti,
Pendorong penguat jiwa,
Dalam melayar bahtera,
Pasti tenang jika kau disisi..

Selagi masih aku terdaya,
Menuturkan kata-kata,
Kan ku bicarakan yang sesungguhnya,
Di hati ini dikau saja,
Yang bertahta dijiwa,
Insan yg ku kasihi
Dikau lah yg ku sayangi..

15 December 2011

hakikat nya BAHAGIA~~~

Bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir, rupanya maknawi, terpendam bagai permata didasar hati.
Bahagia itu ada pada hati bertakhta di kerajaan diri, terpendam bagai mutiara di lautan nurani.
Bahagia itu ada di jiwa mahkota di singgahsana rasa, bahagia suatu adalah ketenangan..

BILA SUSAH, TIADA GELISAH...
BILA MISKIN, SYUKUR PADA TUHAN
BILA SAKIT TIADA RESAH DI JIWA

Bukankah tuhan telah berfirman Ketahuilah,dengan meningati ALLAH hati kan menjadi tenang...

Kebahagiaan itu suatu kesyukuran..

BILA KAYA, JADI INSAN PEMURAH..
BILA BERKUASA, AMANAH..
BILA BERJAYA, TIDAK ALPA..
BILA SIHAT, TIDAK LUPAKAN TUHAN...

Hakikatnya bahagia itu adalah ketenangan bila hati meningati tuhan...
Semua insan kan mengerti, madsud TERSENI ILAHI. Itulah ZIKIR yang HAKIKI...


dengan meningati ALLAH hati kita kan menjadi tenang~~~~

23 November 2011

Salam Perkenalan Dunia BLOG-ku.

apa pun yang terjadi..
ku kan selalu ada untuk mu..
janganlah kau bersedih
coz everything gonna be ok....

Begitu lah bait2 lagu tika ku mendapat idea untuk membina blog ini... emmm teruja dan hepi untuk aku memulakan ini..
rasa macam banyak yang nak dikongsikan bersama...
xpe..xpe.. tenang dulu yukk..hehe..
ckit2 ek.. kita kongsikan nanti.. ape pun... tungguu...

Lagipun ini tulisan pertamaku dlm blog ni..bak kata org.. bertatih tatih dulu..
ok lah saya dah ngantuk ni.. nan ti ada masa kita sambung lagi ye..
salam ingatan salam permulaan..
ingat yer..
insan yang cemerlang...
datang nya dari akal..
dengan hati yang tenang,
dengan jiwa yang mantopss!~ :-)